♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫ Welcome To Myra Atiera World ヾ(^∇^)

Jumaat, 15 Mei 2015

Masih banyak rahsia antara kita

Knowing Each others can't be Measure by How Long We Being Together


     Haziqah terpegun melihat keindahan di sepanjang jalan yang mereka lalui. Rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan keindahan tersebut. Melihat matahari terbit pada waktu pagi akan menjadi memori indah dalam hidupnya. Seketika pandangan Haziqah berkalih ke depan. Melihat Intan yang sudah terlena di sisi Zunaira yang sedang memandu. Tiba-tiba peristiwa semalam menjengah difikiran.
Selepas mereka keluar dari Klinik, Dr. Amira mencadangkan agar mereka dibawa pulang ke rumah. Katanya excited hendak memasak untuk adik-adik angkatnya. Tidak sangka pasangan tersebut memiliki rumah dan klinik di kawasan yang berdekatan dengan pantai. Rumah Banglo dua tingkat yang membelakangi pantai dihiasi dengan kehijauan tumbuh tumbuhan disekelilingnya, sangat unik pada pandangan mereka yang melihat.
     Pada mulanya, selepas makan mereka bercadang untuk terus pulang ke Kuala Lumpur tetapi atas pujukan kakak kesayangan mereka dengan alasan masih belum puas melepaskan rindu, akhirnya mereka bersetuju untuk bermalam di situ. Masing-masing menyalahkan Intan kerana tidak memberitahu tentang perkembangan kakak angkat mereka. Kalaulah mereka tahu pasti mereka akan selalu bertandang. Alasan Intan, dia pasti akan dikawal 24 jam, kerana abangnya bimbang dia akan pengsan bila berhadapan dengan pantai.
     Masing-masing rancak berbual. Aleeya seronok melayan si cilik Zam iaitu anak Dr. Amran dan Dr. Amira yang sudah mencecah dua tahun. Haziqah pula sedang menikmati keindahan malam di anjung belakang rumah yang mengadap ke pantai, Haziqah terlihat kelibat lelaki yang dimarahi oleh Intan di Klinik tengahari itu keluar dari rumah, Lelaki tersebut sebenarnya Abang Ngah Intan yang baru balik dari luar negara. Haziqah tersenyum kesal, rupanya sudah lama mereka tidak berhubung dengan keluarga Intan. Melihat kelibat itu Haziqah pasti si abang hendak memujuk adiknya yang sedang melayan perasaan di bawah pokok kelapa tidak jauh dari anjung rumah.
Entah kenapa, Haziqah terasa ingin mendengar apa yang dibicara oleh dua beradik itu, lantas kaki perlahan melangkah menghampiri mereka tanpa mereka sedari.
   “Kalaulah diorang ada lagi. adik suka sangat pantai.” Si adik berbicara. Si abang hanya mengangguk perlahan. “Pantai je yang dapat hilangkan rasa rindu Ian. Ian rindu diorang. Rindu sangat.” Haziqah terpana melihat Ian teresak-esak menangis. Kakinya terus melangkah masuk ke rumah. tidak sanggup mendengar esakan Intan.
    Haziqah tersedar dari lamunannya apabila kepala Hani terlentok di bahunya. Pandangannya teralih pada Intan semula. 'Adik? mustahil Atie bahasakan dirinya adik. Atie ada adik ke? siapa yang Atie rindu?' fikir Haziqah. Cerita Intan ketika di pantai dan bicara Intan bersama abang ngahnya silih berganti menerjah difikiran. Pandangannya beralih pada teman-temannya, seorang demi seorang. ‘10 tahun masih tak cukup untuk kita kenali diri masing-masing. Masih banyak yang kita tak tahu antara satu sama lain. Rahsia kehidupan lalu.’ detik hati Haziqah. 

      ______________________________________________________________________
P/S : Sorry for the short update..
sbb lepas ni nak bawa korang ke masa diorang mula-mula kenal dulu..
so a few days from now will be the long update..
Thanks sudi singgah dan baca cerita ni..
seperti biasa jangan lupa tinggalkan komen kat bawah k..  

Tiada ulasan: