♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫ Welcome To Myra Atiera World ヾ(^∇^)

Khamis, 7 Mei 2015

# We Care About Each Others #

# We Care About Each Others #


“Woi, Iera..!! kau nak bawak kitorang pergi mana ni..?? Kalau tak silap aku, ni bukan jalan pergi Nilai..” tanya Intan memecah kesunyian.
“a’ah la.. kau nak pergi mana ni.. kau jangan cakap yang kau tak ingat jalan pulak..” sampuk Hani dari tempat duduk belakang..
“Tak ingat jalan..?!! Maknanya dah sesat la ni..??” tanya Haziqah separuh menjerit.
“Sesat..??! aku dah cakap dah.. Iera tak boleh bawak kereta.. Dia bukannya ingat jalan pun.. Weh, aku tak nak makan buah langsat.. Kita patah balik la..” rungut Aleeya pula.
“Woi…!!! Boleh diam tak..??!! Gelabah lebih la korang ni… Hilang focus aku tau.. Aku tahu la aku jarang bawak kereta tapi aku dah hafal dah jalan sebelum nak bawak korang pergi ni.. So, korang tak payah la nak risau ek.. Bertenang and relax okey.. Jangan nak memekak pulak!! Kalau tak, aku campak korang kat tepi highway ni.. Pandai-pandai la korang tahan teksi..” kata Zunaira yang kedengaran seperti ugutan.
“Kot ye pun, jangan ler kejam sangat cik Zunaira ooiii..” Kata Intan yang duduk di sebelah tempat pemandu. Dengan pantas jari jemari Zunaira memainkan peranan.
“Aduhh..!! ni bukan cubitan biasa ni…ni cubitan berbisa tahap nak bunuh orang ni…” gurau Intan sambil menggosok paha kanannya. Zunaira menjeling sekilas ke arah Intan dan kembali focus kepada pemanduannya. Masing-masing kembali menyepi.
 “Haa.. dah sampai dah pun.” kata Zunaira sambil menggeliat dan kemudiannya mengerut dahi. ‘aik, asal senyap pulak ni..?’ getus hati Zunaira. Kemudian menoleh ke belakang kereta.
“La… patut la pun..masing-masing membuta rupanya..” gumam Zunaira.
“Weh… aku bau angin pantai la..” Tiba-tiba Intan menjerit. Zunaira yang berada di tepinya terkejut. Aleeya, Haziqah dan Hani yang tertidur di belakang tepisat-pisat bangun kerana terkejut dek jeritan Intan. Masing-masing beristighfar panjang.
“Woi, Atie kau mengigau ke apa?” tanya Hani seakan-akan marah. Mereka masih lagi tidak menyedari keadaan sekeliling.
“Tak… aku tak mengigau.. aku betul-betul bau angin pantai.. korang kan tahu hidung aku sensitif bab-bab bau ni.” Kata Intan yang menoleh keadaan luar kereta. Yang lain juga berbuat demikian, kecuali Zunaira dan Haziqah. Masing-masing kemudiannya keluar dari kereta dan meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Akhirnya mereka tersenyum. Mereka saling berpandangan dan menoleh ke arah Zunaira dan Haziqah yang baru mengeluarkan sesuatu dari belakang kereta.
“bila masa korang plan? Kenapa tak cakap kat kitorang..??” tanya Aleeya sambil bercekak pinggang.
“Kitorang rancang minggu lepas lagi. Ingat nak buat ahad lepas tapi kitorang cancel kan sebab korang buzy dengan assignment. Tu yang tunda ke hari ni. Saja nak buat surprise.,” kata Zunaira. “Dan kebetulan pulak hari ni, anniversary kita..” sambung Zunaira lagi.
“Eh ye la.. 10th anniversary kan..??” kata Hani dan mereka saling berpelukan.
“Weh, tak payah nak buat drama jejak kasih pulak kat sini..!! Ni ha.. bawak barang-barang ni.. jangan nak melenggang..” celah Haziqah sambil menghulurkan barang-barang yang dikeluarkan dari bonet kereta tadi.
“Banyaknya, bila korang siapkan semua bekal ni? Baju pun korang bawak.. bila masa korang cilok baju kitorang ek?” Tanya Hani yang kagum dengan plan Zunaira dan Haziqah. Mereka langsung tidak perasan tentang persiapan perkelahan mereka hari ini. Masing-masing hanya saling membalas senyuman.
“Eh, mana Atie..??” tanya Haziqah apabila menyedari tangan masing-masing sudah penuh dengan barang tetapi ada barang lagi yang perlu di angkat. Yang lain hanya saling berpandangan. Kemudian serentak mereka menggeleng kepala apabila terlihat susuk tubuh Intan yang telah pun berdiri di persisiran pantai.
“Amboi, cepat aje menghilang budak Atie ni..!! Kalau suruh keluar rumah, dialah yang paling liat sekali.. tapi bila dah keluar, berdesup lesap...” bebel Aleeya pula. Yang lain hanya ketawa menyambut bebelan Aleeya.
“Hai girls..” semuanya berhenti ketawa dan menoleh ke arah tuan empunya suara.
“Abang…!! Abang buat apa kat sini??!” tanya Hani yang terkejut dengan kehadiran Abang ngahnya secara tiba-tiba. Zainal manyambut pertanyaan adiknya dengan senyuman nakal.
“Saja nak join korang sekali sekala. Takkan tak boleh kot..?” kata Zainal kepada Hani namun pandangannya langsung tidak berkalih dari wajah Haziqah.
“Amboi bang, kot ye pon nak jawab biorlah dipandangnya wajah kita ni.. yang matonya tak lekang dek pandang si Ieqa tu kenapa..? tahu ler buah hati miker.. jangan ditenung lama-lama bang, tembuih anak dara orang tu..” kata Hani dengan sleng bahasa yang dia sendiri tidak tahu asalnya. Lantas menyiku abangnya. Kawan-kawannya hanya menggeleng, sudah faham benar mereka dengan sikap Hani yang suka mencampur adukkan bahasa. Zainal pula menggaru kepala, ‘Bahasa apalah yang diguna pakai oleh budak sekor ni, nak kata nogori, dengar macam perak. Sesedap rasa je mencampur aduk bahasa..’ gumam Zainal.
Haziqah pula langsung tidak mempedulikan butir bicara mereka. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menghalau Zainal. Sudah banyak kali Haziqah melarang tunangnya menyertai mereka tetapi apakan daya, orang sayang tunang la katakan. ‘sayang ker?’ fikir Haziqah. ‘sayang la tu cik Ieqa ooiiii… kalau tidak, tak bertunang la korang..’ pekik satu suara yang entah dari mana datangnya. Tapi yang pasti, hanya dia sahaja yang dengar. Tanpa sekilas pandang, barang-barang yang di hulur oleh Zainal, beralih tangan.
“Pandai-pandailah korang nak bawak barang-barang tu macam mana.” Kata Haziqah pada kawan-kawannya lantas melangkah meninggalkan mereka.
Zainal hanya tersenyum melihat gelagat Haziqah. Dibiarkan tunangnya melayan rajuknya. Dia tahu benar perangai tunangnya itu, kalau merajuk perlukan masa yang lama untuk sesi pujuk- memujuk. So malam nantilah baru di pujuk tunangnya itu, lagi pun dia ada kerja yang perlu di selesaikan hanya singgah untuk menghantar barang-barang yang dikirim. Sepatutnya barang tersebut di serahkan pagi tadi sebelum mereka bertolak, tapi dah alang-alang dia ada kerja di PD, dengan rela hati dia menghulurkan bantuan. Lagipun, dia ingin memastikan mereka selamat sampai. Setelah membisikkan sesuatu di telinga adiknya, Zainal berlalu pergi.
Masam mencuka muka Hani menerima pesanan abangnya. ‘sejak bila aku jadi postman tak bergaji ni..!!’ rungut Hani dalam hati. Nak tak nak, terpaksa la disampaikan juga pesanan abangnya. Amanah orang tak baik simpan lama-lama. Hani berlari anak mendapatkan kawan-kawannya yang sudah mendapat port yang sesuai.
“Abang Enal pesan, sayang jaga diri elok-elok ye, jangan nakal-nakal.. dan jangan merajuk lama-lama, nanti abang rindu..” ajuk Hani dengan penuh gaya. Haziqah hanya mencebik, ‘nak pujuk aku la tu, tak tinggal kesan la’, gumam Haziqah sendirian.
“ceh, cebik.. padahal dalam hati suka. Untung la ada orang sayang.” Sakat Zunaira. Mulalah dia dan Hani membuat drama sebabak kononnya kisah percintaan Haziqah dan Zainal. Aleeya tidak dapat menahan tawanya melihat telatah mereka berdua.
Haziqah membiarkan sahaja usikan mereka, kalau dilayan, makin menjadi-jadi. Haziqah membentang tikar dan meletakkan barang-barang serta bekalan yang di bawa,
“Makanan ni, pandai-pandailah korang ye.. Tak kan aku nak suap pulakkan..” sindirnya.
“eh marah ke kak..??” Tanya Zunaira.
“eh, mana ada marah.. aku suka sangat korang sakat aku.. sakat la lagi..” ayat yang jelas-jelas tidak ikhlas dilontar pada kawannya. Belum sempat mereka membalas, cepat sahaja kaki Haziqah melangkah meninggalkan budak bertiga itu. ‘Kalau di layan aku pulak yang ikut mereng.’
“Ieqa, tak kan kau merajuk kot.. kitorang tak pandai pujuk, nanti kitorang call abang cayang kau ye.. biar dia yang pujuk..” jerit Hani. Mendengar kata-kata yang terpacul dari mulut Hani, sekali lagi mereka berdua bantai gelak. Aleeya pun tumpang sekaki.
Haziqah berjalan mendekati Intan yang sejak sampai tadi sudah bertenggek di tepi pantai.
“oii, mak cik..” sergah Haziqah
“Ish, kau ni.. Terkejut aku.. cuba la bagi salam sikit.. sejuk sikit halwa telinga aku ni hah..!! Tiap-tiap hari dengar korang terpekik terlolong kat telinga aku ni, tak pasal-pasal dalam usia muda aku dah pekak.. tak laku la aku jawabnya..”
‘Dah datang dah angin bebel dia.’ Getus hati Haziqah. Tak dapat dinafikan, kalau di luar, Intan tak kan melatah. Sergah la macam mana pun, dia tetap tak melatah. Macam mana dia kawalnya pun, tak tahu la. Rasanya dialah satu-satunya orang latah yang boleh kawal latahnya. Tengok reaksi muka dia, tak la nampak terseksa kawal latah, nampak natural je. Tapi sebagai gantinya, ada la keluar ayat berjela-jela dari mulut dia. Kira membebel la tu. Macam sekarang ni. Haziqah tersenyum.
“Yang kau sengih sorang-sorang ni asal?? Tersampuk hantu air ke apa??” kata Intan.
“Cooiiiii.. mulut bau longkang..!!” marah Haziqah.
“Mana kau tahu mulut aku bau longkang?? kau dah cium eh?? Haaa.. ni mesti time aku tido kau cabul kesucian mulut aku..”
“Mulut kau, memang mulut longkang..!! meh sini aku tenyeh dengan pasir pantai ni..!! tak senonoh betul..!!” Haziqah sudah menggenggam pasir, mengacah Intan.
“Weh, jangan la. mulut aku ni mahal tau.. kat pasar malam tak dek jual.. susah nak dapat.. limited edition okey..”
“Tahu takut..” seketika, mereka sama-sama ketawa. Intan gembira melihat Haziqah kini. Sudah boleh berkongsi gelak ketawa bersama dia dan kawan-kawan lain. Kalau seawal perkenalan mereka dulu, Haziqah banyak berdiam diri, sama seperti Aleeya. Mereka berdua terlalu memendam rasa. Tetapi kini hidup mereka  seolah-olah balang air yang kosong terisi penuh. Mereka amat bermakna antara satu sama lain. Intan berpaling mengadap ke laut, kelihatan Aleeya, Zunaira dan Hani seronok bermain air.
“Tak nak join diorang..??” tanya Haziqah. Intan hanya tersenyum. Tapi senyumannya kelihatan hambar dan dapat di tangkap oleh hujung mata Haziqah. Ada sesuatu yang Haziqah ingin tahu. Setiap kali mereka berkunjung ke pantai, Intan yang paling teruja sekali tapi baru kini Haziqah perasan, Intan tak pernah menyentuh air pantai.
“Kau tahu, aku suka pantai. Tak kira la pantai kat mana pun, janji pantai.” Kata Intan.
“Aku tahu, sebab tu la aku and Iera plan ulang tahun kali ni, kita sambut kat pantai. Lagi pun, kita semua dah lama tak mandi pantai.” Ujar Haziqah.
“Kau nak dengar satu cerita..??” Tanya Intan tiba-tiba.
Haziqah mengangguk laju kerana Intan jarang bercerita jika mereka tinggal berdua.
“Ada sebuah keluarga bercuti di sebuah pusat peranginan tepi pantai. pantainya sangat cantik. air laut membiru, sangat jernih. Suasananya sangat semulajadi. Boleh dikatakan setiap bulan mereka bertandang ke situ. Kira macam rumah kedua diorang la. Maklumlah golongan yang berada-ada. Bukan macam kita ni, golongan yang mengada-ngada..” gurau Intan. Haziqah tergelak kecil. Kemudian intan menyambung semula ceritanya.
“Walaupun bercuti, si ayah langsung tidak meninggalkan kerjanya, so hanya si isteri dan dua orang puterinya meluangkan masa bersama.. dan siapa sangka kenangan yang mereka lakar bertiga adalah yang terakhir.. kerana kenangan terakhir tu lah si anak mula membenci ayah mereka. kerana itu juga salah seorang anaknya..” cerita Intan tergantung apabila Intan terdengar suara orang menjerit.
“TOLONG..!! TOLONG..!!” jeritan yang sayup kedengaran. Bunyinya seakan tenggelam timbul.
Serentak Intan dan Haziqah berpaling ke arah suara tersebut. Masing-masing terpaku melihat Aleeya yang tenggelam timbul. Zunaira dan Hani yang sedang bermain pasir turut terpaku. Dengan pantas mereka berlari untuk menyelamatkan Aleeya. Haziqah, Zunaira dan Hani sudah terjun ke dalam air untuk menyelamatkan Aleeya tetapi Intan terkaku di pinggir pantai. Intan hanya tersedar apabila Haziqah sudah memapah Aleeya ke tepi pantai. Lantas Intan meluru mendapatkan Aleeya.
“kau okey..?? macam mana boleh jadi macam ni..??” Tanya Intan dengan cemas. Tangannya dilekapkan ke pipi Aleeya. Tiba-tiba suara Intan bertukar nada “Kan aku selalu cakap, jangan pergi tempat dalam.. main tepi ni je.. kalau jadi apa-apa, macam mana? Apa kitorang nak buat.. boleh tak, jangan buat aku risau..?? aku tak selalu ada dengan korang.. korang kena jaga diri korang elok-elok.. korang macam tak sayang nyawa sendiri..!!”. Semua terpinga-pinga melihat Intan yang tiba-tiba marah. Menyedari keterlanjurannya, Intan meminta maaf.
Sorry, aku..” Intan tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Sedetik kemudian Intan kembali bersuara, “kita kemas barang pergi klinik terdekat..”
Mereka saling berpandangan, bersuara melalui mata, ‘Intan pucat’. Serentak mereka berpaling mengadap wajah Intan. Menyedari dirinya diperhatikan, Intan lantas bangun dan melangkah meninggalkan mereka. Baru tiga langkah, Intan rebah. Kawan-kawannya yang sedari tadi memerhati, terus mendapatkan Intan.
“Atie.. Atie..!! Bangun..!!” semua bersuara cemas. Wajah Intan benar-benar pucat. Tak pernah mereka melihat Intan seperti itu. Masing-masing berubah riak.
“Tolong..!! Tolong..!!” Mereka sama-sama menjerit meminta bantuan.
“Atie bangun, Atie.. jangan takutkan kitorang.. aku minta maaf okey.. aku janji tak buat lagi.. bangun la..” Aleeya mula cuak, tidak disangka gurauannya tadi menyebabkan Intan jadi begitu.

P/S : Jangan malu jangan segan..silalah tinggalkan komen ye..
ruangan komen kat bawah ye..  
Thanks sudi singgah.. 

Tiada ulasan: