♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫ Welcome To Myra Atiera World ヾ(^∇^)

Jumaat, 12 Jun 2015

Sebuah Perkenalan

Perkenalan yang membawa kepada sebuah PERSAHABATAN


“Hai.” Sapa Intan dengan ramah. Kerutan jelas kelihatan di dahinya apabila sapaannya tidak dibalas.
‘Sombongnya.’ Gumam Intan sendirian. Kemudian Intan hanya menjungkit bahu. Barang-barang yang dibawanya di tempatkan di sebelah katil yang pastinya masih kosong. Intan duduk di atas katil tersebut dan mengadap budak sombong tadi. Intan melihat budak tersebut mengemas barang-barang ke dalam almari yang disediakan. Lantas matanya beralih pada barang-barang miliknya, fikirannya kosong. Mood rajinnya masih belum bertandang. Intan bangun dan menghampiri budak itu.
“Saya Intan. Baru tingkatan satu. Orang KL. Awak?” Intan cuba mengajaknya berbual.
“Haziqah. Tingkatan satu.” Jawabnya ringkas.
“Satu apa?” Tanya Intan teruja.
“Bestari.” Jawabnya sepatah.
“Alaa, tak sama. Saya satu Azam. Kalau sama kelas lagi senang nak belajarkan? Boleh duduk sama dalam kelas. Hmm.” Rungutan Intan di biar sepi. Namun ada senyuman yang terukir di wajah Haziqah. Intan juga tersenyum. ‘aku harap aku akan baik-baik je kat sini’ Fikir Intan.
Tiba-tiba seorang budak masuk ke dalam bilik mereka sambil membimbit barang dan terus menuju ke arah katil kosong di sebelah Haziqah.
“Dah ada orang punya ke katil ni?” Intan menjungkit bahu.
“Aku pun baru sampai. Belum kot” Jawab Intan
“Belum. Kita je yang baru sampai.” Jawab Haziqah yang masih leka menyusun barangnya tanpa berkalih pada budak tersebut. Intan memandang sekeliling ‘patutlah nampak kosong je bilik ni.’
Seketika kemudian Intan memperkenalkan dirinya juga diri Haziqah.
“Oh, aku terlupa nak perkenalkan diri. Aku Zunaira, boleh panggil Iera. Aku pun tingkatan satu.” Beritahunya. Barang-barangnya telah ditempatkan di tepi katil kosong tadi. Kemudian dia menghulur tangannya untuk bersalaman dengan Intan dan Haziqah. Lantas tangan berjabat.
“Wah bestnya, kita bertiga sama-sama tingkatan satu. Kau satu apa?” Tanya Intan teruja.
“Satu Azam.” Jawab Zunaira yang ketika itu sudah duduk di atas katilnya. Intan juga melabuhkan punggungnya di atas katil Zunaira.
“Eh, kita sekelaslah. aku pun Satu Azam. Tapi Haziqah, Bestari.” Beritahu Intan.
“Oh, ye ke? Tapi tak apa lah. Subjek sama je, boleh je nak ulangkaji dan buat kerja sekolah sama-sama nanti.” Ujar Zunaira. Intan mengangguk setuju. Tengah mereka rancak berbual, terdengar rungutan dari luar bilik. Serentak mereka menuju ke pintu bilik.
“Ish, dah la beg ni berat! Bukan nak tolong angkat sampai bilik. Nak mencari bilik dah satu hal. Semua salah Along! Suka sangat buat cerita tak betul. Bukannya rumah tu jauh dari sini pun, ulang alik pun boleh! Eeee, geramnya!”
“Ish, masa ni pulaklah kau nak jatuh bagai!” rungutnya lagi. Ketika mereka tiba di pintu bilik, kelihatan seorang budak sedang mengutip barang-barang yang jatuh berselerak. Lantas Zunaira dan Intan membantunya.
“Budak baru juga ke?” Tanya Intan. Soalan di biar sepi. Zunaira dan Intan berpandangan.
“Cari bilik apa?” Tanya Zunaira
“Melur.” jawabnya selamba tanpa berkalih sambil mengutip barang yang jatuh.
“Oh, kitorang pun bilik Melur jugak. Tu je bilik kita.” Kata Zunaira sambil menunjuk ke arah pintu bilik mereka. Secara tidak langsung menunjukkan ke arah Haziqah yang berdiri di situ. Tanpa dipinta, Zunaira dan Intan membantu budak tersebut mengangkat barang-barangnya. Haziqah hanya memerhatikan kelakuan mereka. Mereka meletakkan barang-barang tersebut di hadapan almari kosong.
“Katil bawah bahagian depan ni, katil Intan. Sebelah katil dia, katil Haziqah. Sebelah katil Haziqah yang ada bantal biru tu, katil aku. Yang lain semua belum bertuan.” Beritahu Zunaira sambil tersenyum.
“Katil atas ni kukuh ke?” Tanya budak yang merungut tadi sambil menggoncang katil bahagian atas katil Intan. Tercengang mereka seketika melihat tindakannya.
“Cubalah letak gajah atas tu, kalau tak runtuh kira kukuh lah tu.” Jawab Intan selamba. Renungan tajam diberi kepada Intan.
“asal tenung aku macam tu? Kau pernah tengok aku kat mana-mana ke?” Tanya Intan lurus. Zunaira dapat merasai aura kurang senang dalam situasi itu terus meleraikannya.
“Maaflah, Intan gurau je tadi. Jangan ambil hati tau.” Ujar Zunaira.
“Oo.. Kau tenung aku sebab terasa ke? Maaflah, aku gurau je tadi.” Ujar Intan pula.
 “Eh, tak ada hal lah. Aku yang sepatutnya minta maaf. Sebenarnya aku marah abang-abang aku, tak pasal-pasal aku lepaskan kat korang pulak. Aku Han.” Kata Hani sambil memperkenalkan dirinya.
“Han?! Kau orang cina ke? Tapi aku tengok macam orang asli je. Tak ada celop langsung.” Soal Intan dengan sikap selamba badaknya lagi. Zunaira pantas menyiku Intan. Intan hanya memberi pandangan ‘kenapa?’ pada Zunaira. Haziqah yang sedari tadi menjadi pendengar cuba menahan ketawanya. Hani pula dari tadi sudah ketawa sebaik mendengar kata-kata Intan tadi.
“Mulut kau bayar Insurans ke tak? Main lepas je. Tak fikir dulu sebelum cakap.” Kata Hani. Kemudian dia menyambung, “Aku orang melayulah. Han adalah singkatan nama bagi Hani. Aku xberapa suka orang panggil aku Hani, jadi nak sedondonkan dengan perangai brutal aku ni, aku lebih suka orang panggil aku Han.” Jelas Hani.
“Oo.. cakaplah awal-awal. Aku ingatkan kau dari puak Han yang bangsa cina tu.” Kata Intan.
Tiba-tiba Haziqah ketawa perlahan. Masing-masing berpaling memandangnya hairan. Haziqah tersipu malu apabila menyedari dirinya menjadi tumpuan.
“Maaf, saya rasa korang ni kelakarlah.” Kata Haziqah. Apabila terlihat kerutan didahi masing-masing, Haziqah menyambung, “Korang bercakap macam korang ni dah lama kenal. Padahal korang baru jumpa tak sampai sepuluh minit. Kalau tengok dari jauh, orang mesti tak percaya yang korang sekarang ni tengah perkenalkan diri.” Terang Haziqah. Mereka bertiga saling berbalas pandangan dan senyuman, mengiakan kata-kata Haziqah.
“A’ah la kan. Kita ni macam ada misteri pulak.” Ujar Intan tanpa menyedari dia sudah tersalah sebut satu perkataan. Intan hairan apabila mereka mentertawakannya.
“Kau buat lawak apa ni? Ada ke patut misteri. Aku rasa kau nak sebut chemistry kan?” Ujar Hani dengan sisa tawanya.
“Eh, bila masa pulak? Mana ada aku salah cakap. Dah betullah apa yang aku cakap tadi.” Tegas Intan.
“Adalah, tadi.” Balas Hani.
“Mana ada!”  
Belum sempat Hani hendak membalas, mereka di sapa dengan salam.
“Assalamualaikum.” Serentak mereka berkalih ke arah pintu sambil menjawab salam yang diberi. Di pintu berdiri tegak si pemberi salam bersama seulas senyuman. Lesung pipit dipipinya menambahkan seri wajahnya.
“Ni bilik Melor ke?” Tanya si pemilik lesung pipit itu.
“Yup!” jawab mereka serentak. Hanya sekadar mengangguk. Kemudian Haziqah tersenyum lucu kerana dia tidak menyangka bahawa dia akan mengangguk serentak semasa yang lain mengiakan tadi.
Tanpa berlengah, Haziqah menghampiri budak budak tersebut dan membantunya mengangkat barang. Begitu juga Zunaira dan Hani. Intan pula hanya tercegat memerhati. Hairan dengan perubahan Haziqah.
“Saya Haziqah. Awak?” Tanya Haziqah. Intan tersenyum mendengar pertanyaan Haziqah, “peramah jugak budak ni. Aku ingat jenis pendiam.” Fikir Intan. Senyumannya makin melebar.
“Woi, yang kau senyum sorang-sorang ni dah kenapa?” sergah Hani. “Kau fikir apa eak?  Ingat pakwelah tu?” sambung Hani lagi.
“Eh, taklah. Mana ada aku fikir apa-apa. Aku suka tengok budak ni senyum, ada lesung pipit. Aku pun try lah senyum, nak tahu aku ada lesung pipit ke tidak.”  Jawab Intan bersama sengihan. “Eh, siapa nama awak tadi?” Soal Intan tiba-tiba.
“Weh, kau ni dah kenapa? Dia tak jawab pun lagi. Tu lah, aku cakap kau mengelamun, Ingat pakwe, kau tak nak mengaku. Kan dah kantoi.” Sakat Hani.
“Aku bukan mengelamunlah! Tapi aku terpegun.” Nafi Intan lagi.
“Ye lah tu.” Sakat Hani lagi. Zunaira menggeleng kepala, ‘Dah mula dah. Memang tak sekufu la diorang ni.’ Gumam Zunaira.
“Korang semua ni memang dah lama kawan ke?” Ujar pemilik lesung pipit tersebut. Komen jujur sebegitu membuat mereka terdiam sebentar dan saling berpandangan. Komen yang hampir sama dengan komen Haziqah tadi. Sesaat, dua saat, tiga saat berlalu, tiba-tiba bilik yang sunyi itu bergema dengan tawa mereka. Sampai berair mata masing-masing. Beria sungguh mereka ketawa. Hanya Haziqah sahaja yang ketawa biasa. Setelah tawa mereka reda, Zunaira bersuara,
“Sebenarnya. eh, terlupa. Kitorang belum perkenalkan diri lagi. Aku Zunaira, panggil Iera. Yang ni Intan. Yang nampak brutal ni, Han aka Hani dan yang tu dia dah bagitahu nama dia tadi, Haziqah. Kau?” penerangan Zunaira terbantut apabila teringat bahawa mereka belum memperkenalkan diri.
“Syazreen Aleeya.” Jawabnya ringkas.
“Oo.. Syazreen Aleeya! Dari tadi lagi aku tunggu dia sebut nama dia.” Celah Intan. Berkali-kali diulang nama Syazreen Aleeya sambil mengusap dagu, gayanya seakan berfikir sesuatu. Zunaira yang tadinya mahu menyambung katanya terbantut.
‘Apa lagilah yang difikirkan minah ni?’ gumam Zunaira.
“Syazreen Aleeya kan? Jadi kitorang nak kena panggil awak apa?” soal Intan. Tiba-tiba sebiji bantal selamat mencium bahu Intan. Intan yang terkejut lantas melatah.
“Oit, nama kau melompat panjang-panjang!” Pantas Intan menekup mulutnya.
‘Alamak, macam mana boleh terlatah ni? Sebelum ni mana pernah latah luar dari rumah.’ Desis Intan. Sangkanya mereka akan ketawakannya namun sangkaannya meleset. Hanya riak tergamam terpancar di wajah mereka.
“Kau melatah eak? Sorry, aku tak tahu.” Ujar Hani serba salah. Kemudian dia menyambung, “Aku baling bantal tu sebab bengang dengan kau. Punyalah ulang banyak kali nama budak ni, ingatkan kenal ke apa ke. Alih-alih kau tanya nak panggil apa. Benganglah aku. Dah la potong cakap Iera.”
“Oh, ya ke? Sorry Iera.” Ucap Intan sambil merapatkan kedua belah tapak tangannya. “Kau sambung la balik.” Kata Intan sambil menghayun tangannya seolah-olah menghalau dan tersengih. Sebenarnya dia cuba menutup malu akibat melatah sebentar tadi. Kemudian Intan duduk di atas katilnya sambil menekup mulut dan memandang lantai tanda dia tidak mahu menyampuk lagi. Namun belum sempat Zunaira bersuara, Intan sekali lagi mangganggu.
“Boleh kitorang panggil awak Aleeya sebab aku tak suka huruf Z, buat aku tergeliat lidah je.” Usai berkata, Intan mengangkat wajahnya. Pandangan mereka tertumpu pada Intan. Dua pasang mata memandang dengan senyuman. Dan dua pasang lagi memandang tajam seperti mahu menelannya. Intan tersengih.
“Kau dah habis cakap dah?! Iera, baik kau cakap sekarang. Aku takut nanti radio buruk sambung balik berbunyi.” Sindir Hani. Intan sudah menikus.
“Sebenarnya Aleeya, kitorang ni pun baru je kenal. Barang pun tak sempat nak kemas lagi.” Terang Zunaira sambil tangannya mengunjuk pada barang-barang mereka.
“Oh, ingatkan korang dah lama kenal sebab korang nampak rapat.” Kata Aleeya, seakan tidak percaya dengan kata-kata Zunaira. Melihat pada gelagat mereka tadi langsung tidak menunjukkan yang mereka baru kenal.
“Sebenarnya kau, orang kedua yang cakap macam tu. Tadi Haziqah dah cakap perkara yang sama tapi masa dia cakap tu dia memang dah tahu kitorang baru kenal. Tapi bila dengar sekali lagi dari orang yang tak tahu, tu yang buat kitorang gelak tak ingat dunia tadi. Sorry tau.” Terang Zunaira sekali lagi.
“Eh, tak apa.” Jawab Aleeya ringkas. Kemudian masing-masing mula mengemas barang mereka namun mulut masing-masing tidak berhenti bercerita tentang diri mereka. Aleeya dan Haziqah hanya bercakap bila perlu sahaja. Lagipun melihat pada sikap mereka berdua, mereka jenis yang tidak bercakap banyak.
Selesai mengemas, mereka mengambil tempat di katil masing-masing. Masih lagi tidak berhenti dari berbual. Kemudian mereka ditegur oleh ketua bilik mereka, Syarifah Amira aka Kak Sya.
“Adik-adik, dah masa minum petang ni. Jom, turun ke kantin.” Ajak Kak Sya.
“Jom.” Sahut mereka serentak.
“Jangan lupa pakai tudung.” Pesan Kak Sya. Hani, Zunaira dan Intan sudah menepuk dahi. Mereka bertiga hampir terlupa mengenakan tudung. Haziqah dan Aleeya masing-masing tersenyum dengan gelagat mereka. Selesai mengenakan tudung mereka terus mendapatkan Kak Sya yang menunggu di koridor bilik.
Zunaira dan Hani becok bertanya tentang sekolah dan asrama. Kak Sya sabar melayan soalan-soalan yang diajukan walaupun ada soalan yang kedengaran luar dari skop perbualan. Haziqah dan Aleeya hanya mendengar dan langsung tidak mencelah. Sesekali mereka tersenyum dan mengangguk. Namun Intan pula yang pada awalnya bermulut murai, hanya berdiam diri. Saat ini fikirannya terganggu dengan perbualan dia dengan Mummynya seminggu yang lalu.
____________________________________________________________

Okey, mummy benarkan Ian stay kat hostel. Tapi…” Puas Intan memujuk Mummynya, akhirnya dia mendapat kebenaran namun ayat selepas ‘tapi’ itu sangat merunsingkannya.
Mummy akan suruh Kak Milah, sediakan makanan lain untuk kamu. Makanan kat kantin sekolah tu kurang berkhasiat. Jadi Mummy nak kamu makan makanan yang berkhasiat. Kamu tahukan Mummy kenal semua kakitangan sekolah kan? So Mummy akan pastikan Ian selesa dan tiada masalah masa kamu tinggal di hostel nanti. Ini syarat Mummy” Tegas Mummynya sambil memandang tepat pada Intan. Intan menayang muka sayu.
Mummy, kalau macam tu sama jelah macam duduk kat rumah! Baik tak payah duduk hostel kalau macam tu!”
“Haa.. memang pun Mummy  tak bagi kamu tinggal kat sana. Apa salahnya ulang alik dari rumah. Bukannya jauh sangat pun sekolah kamu tu.”
“Ala.. Mummy, Mana adil macam tu! Abang Am, Abang Mie ngan Abang Lan boleh je Mummy bagi diorang tinggal kat hostel tanpa apa-apa syarat! Kenapa bila Ian, Mummy letak syarat pulak!” rungut Intan. Mukanya bertambah masam apabila Mummynya bangun meninggalkannya lalu menuju ke dapur.
Mummy…!!” bentak Intan.
No Mummy, Mummy! Kalau Ian tetap jugak nak tinggal sana, Ian kena ikut cakap Mummy.” 
____________________________________________________________

“Aduh!” terus lamunan Intan berkecai apabila dia terlanggar Zunaira yang berhenti secara mengejut. Nasib baik keduanya tidak jatuh tergolek. Kalau tidak malunya bila hari pertama sudah mencipta kenangan pahit.
“Kau kenapa? Asyik berangan je. Takkan sambil berjalan pun kau nak berangan. Kau ada masalah ke apa?” Tanya Hani, tiba-tiba menjadi prihatin pula.
“Eh, tak adalah. Aku sebenarnya mengantuk. Biasalah kalau dah biasa tidur petang, bila aku tak tidur mulalah mata aku berkedip-kedip.” Jawab Intan. ‘logik ke alasan aku ni? Ah, lantaklah! Asalkan ada alasan. Hehehe.’ Fikir Intan.
“Intan Izzati!” panggil satu suara. Mereka berpaling serentak. Rupanya Kak Milah, pemegang tender kantin asrama atau nama sebenarnya Jamilah Jamil.
“Dia panggil siapa?” Tanya Zunaira.
“Entah.” Jawab Hani.
“Dia panggil aku.” Jawab Intan pula.
“La aku ingatkan nama kau Intan je. tak cakap pun ada Izzati kat belakang. Untung kau kan. Dah kenal mak cik kantin. Boleh la bodek mintak makanan special.” Kata Hani.
“Kalau kau rasa nak makan nasi putih kosong je tanpa lauk, kau panggillah dia makcik. Conform seminggu korang dapat layanan special macam tu. Menangislah macam mana pun memang tak layan. Korang kena panggil dia Kak Milah. Ingat Kak Milah tau. Tak percaya cuba tanya Kak Sya.” Kata Intan separuh berbisik namun masih dapat didengari oleh kawan-kawannya. Pantas mereka memandang Kak Sya yang sudah pun mengangguk.
“Korang pergilah ambil makanan dulu. Aku jumpa Kak Milah kejap. Nanti aku ikut belakang.” Ujar Intan sebelum kakinya melangkah menghampiri Kak Milah.
“Ada apa Kak Milah?” Tanya Intan sebaik sahaja dia berdiri betul di hadapan Kak Milah agak jauh sedikit dari pelajar lain sebenarnya.
Mummy kamu…” belum sempat Kak Milah menamatkan ayatnya, Intan pantas mencelah.
“Kak Milah, boleh tak kalau Kak Milah abaikan je arahan Mummy saya tu. Biarlah saya makan makanan yang sama dengan pelajar lain. Lagipun abang-abang saya tak pernah pun kena keracunan makan sebelum ni. So jangan risau, saya akan makan sama macam yang lain makan.”
“Tapi apa yang Kak Milah nak buat dengan duit yang Mummy kamu bagi tu?” Jujur  Kak Milah bertanya.
“Macam ni, seminggu sekali ataupun sebulan sekali ke Kak Milah gunalah duit tu untuk masak special bagi budak-budak ni makan. Kalau ada lebih, Kak Milah belikan saya snek ke, keropok ke, sebagai stok untuk saya makan malam-malam. hehehe.. tapi kalau ada lebih lagi, Kak Milah ambil je. anggap rezeki turun dari lagi. Haa, macam mana?” cadang Intan. Belum sempat Kak Milah menjawab, sekali lagi Intan memintas.
“Kak Milah saya dah lapar ni. Kalau lambat nanti habis. Pasal hal ni, kita sama-sama zip mulut. Jangan sampai Mummy saya tahu ye. Saya pergi dulu.” Pamit Intan. Terkebil-kebil Kak Milah memandang Intan yang sudah menjauh.
“Kalau Puan Sri tahu, mati aku!” Desis Kak Milah.


( I need your advice.. )
~ Thanks for spent time to reading my writing.. ^_^

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

letakkan diri kamu dalam setiap watak yang ada.. bezakan karekter & personaliti diorang.. sikap manusia berbeza-beza..
keep writing dear..