♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫ Welcome To Myra Atiera World ヾ(^∇^)

Selasa, 5 Mei 2015

Permulaan Penulisan

Kerana Janji (Best Friend Forever)


Nama aku  Fazmira Hani.  Aku  anak  bongsu  tetapi  dalam  masa  yang  sama,  aku  ni  dikira anak  tunggal la jugak. Kenapa?? Sebab akulah satu-satunya girl dalam family  aku. Jangan salah sangka  pulak, ibu aku pun  perempuan  jugak  tapi  dia  dah  meninggal  dunia  masa berjuang melahirkan aku. Kata abah, ibu sempat tengok satu-satunya anak dara dia dan ibulah yang menamakan aku. Bangga giler ah..! Jangan tak tahu, abang-abang aku jealous tahap gaban sebab nama diorang, abah yang letak. Jealous-jealous diorang  pun,  diorang  tetap  sayang  aku.  Aku  membesar  dengan  dikelilingi  oleh  kaum  adam,  so,  that’s  why  la aku ni brutal sikit.  HeHeHe..
Tapi sejak aku dah ada Best Friend Forever ni, diorang banyak ajar aku macam mana nak jadi perempuan melayu terakhir dan banyak kali jugaklah diorang gagal. Hahaha.. Apa-apa pun, aku tetap hargai usaha diorang untuk ubah aku. Kenapa aku ni susah nak berubah?  Bagi aku simple je, Maybe tak sampai seru lagi kot. Hehehe.. kitorang memang rapat. Ramai yang pusing biji mata bila terserempak dengan kitorang. Mana taknya, ke cafe, ke library atau ke mana-mana pun mesti bersama. Nasib baik course kitorang lain-lain. Kalau tak, gerenti ada yang kena kanser mata punyalah.
Sebenarnya hari ini aku dan kawan-kawan sehidup semati aku ada plan nak pergi Nilai. Eh, dah lambat ni. Mana pulak diorang ni.. Ish, kalau bersiap mengalahkan Miss Nina la pulak. Eh kenapa pulak aku sebut lecture perasan bagus tu? kang tak pasal-pasal tersedak pulak dia. Hani menarik nafas dalam-dalam dan kemudian…
“Iera……., Ieqa……., Atie……., Leeya….. Cepat la…..!!!!!” Fuh… lega, nasib baik nafas tak tersekat kat halkum aku, kalau tak, semput lagilah aku jawabnya. Itu la kerja tak bergaji aku setiap kali nak ke kelas or ke mana-mana pun. Dah jadi rutin dah pun.
“Dah lambat dah ni… Takkan tak siap lagi kot!!! Lambat betul la… macam mak nenek la korang ni…!!!!” Sambung Hani lagi.
__________________________________________________________________
My name is Zunaira Anisa. U all can call me, Iera. Why Iera??? Because ‘Iera’ the short name from Zunaira. And this song is for my Best Friends Forever…” dengan penuh bersemangat, aku pun memulakan consert tertutup aku depan cermin meja solek bilik aku. Siap buat shuffle lagi.. Jangan terkejut. Siapa cakap anak tengku tak pandai shuffle? Sebenarnya kalau kat luar, orang tengok aku ni umpama pijak semut pun tak mati. Tapi bila kat rumah, aku lah Ratu Hip Hop. Kawan-kawan aku dah masak giler dengan perangai aku. Memang la waktu mula-mula diorang kenal aku dulu, diorang pening nak layan kerenah aku, tapi bila dah lama-lama diorang pun dah tak kisah.
Family aku pun tak tahu tentang perangai gila-gila aku ni. Kalau diorang tahu… jawabnya makan bubur dengan straw la aku ni. Hahaha.. Aku harap hari tu tak kan muncul dalam hidup aku. Kalau terjadi, mesti ngeri giler ah. Aku ada seorang abang, tapi aku tak tahu sangat about him, sebab waktu aku umur 11 tahun, abang kena halau dari rumah. Sejak tu, aku tak pernah jumpa dia.  Yang aku tahu dia sama macam aku, tak suka sebut nama pangkal kitorang sebab nama ‘Tengku’ tu umpama satu jurang untuk aku mencari kawan.
Gadebukkk… Adui, retak la tulang punggung aku ni!!!!
“Alahai la tuala, bila masa pulak kau ada kat sini?! Kan aku dah jatuh. Siapa la yang nak pedajal aku ni?” rungut Zunaira sambil meramas tuala yang dikutip di atas lantai.
“Eh, bukan tuala aku ke ni?” gumamnya lagi bila mendapati tuala tersebut adalah tuala yang dicampaknya tadi selepas mengelap rambutnya. Zunaira tersengih sendiri, mengaku kecuaiannya.
Tok… tok… tok.. Kedengaran pintu bilik diketuk.
“Iera cepat.. dah-dah la tu menggiler. Han dah panggil tu.. nanti membebel panjang pulak dia.” Kedengaran suara di sebalik pintu bilik.
“Ye la.. kejap lagi aku turun. Mana ada aku menggiler, aku tengah sikat rambut ni.” Tipu Zunaira. Tak pasal-pasal pagi-pagi lagi aku dah buat dosa. Ala tak apa la, bohong sunat. Heheha..
“Adui, sakitnya… retak ke tulang punggung aku ni?” tanya Iera sambil menggosok punggungnya. Zunaira mencapai t-shirt brown dan seluar jeans biru dari almari lalu memakainya.
“Iera……… Ieqa…… cepat….!!!!!!!!”
“Alamak! Pontianak yang takde diploma tu dah bising. Kena betul-betul cepat ni…” kata Iera pada dirinya sendiri sambil mendandan rambutnya dan mengenakan solekan nipis diwajahnya. Kemudian dia menilik penampilan dirinya dicermin. Lagak seorang model. Setelah berpuas hati, Zunaira mencapai handbegnya dan berlalu keluar.
____________________________________________________________
Aku, Intan Izzati. BFF aku panggil aku ‘Atie’. Ape yang special dengan shortname tu pun aku tak tahu. Tapi, kalau kat rumah, aku ada panggilan manja. Manja yang macam mana, nanti aku cerita. tak kan awal-awal nak story panjang lebar kot. Aku ada mommy yang amat menyayangi dan memanjakan aku. Aku juga ada tiga orang abang, yang sulung and second tu okey je, tapi yang last sekali tu aku tak tahu la angin sawan apa yang merasuk dia sampai nak pandang aku pun dia menyampah. Ah, kenapa pulak aku nak fikir pasal dia, bukannya dia peduli pasal aku pun.
Em…. Hari ni, aku dipaksa, diulang sekali lagi diPAKSA untuk ikut kawan-kawan aku ke Nilai. Jauh tu.. Apa yang nak dibelinya pun, aku tak pasti. Nak kata barang dapur, rasanya baru dua hari lepas aku dan Leeya keluar shopping. Kalau ikutkan hati, malas betul aku nak ikut, lebih baik aku mengadap television tengok cerita kartun, lagi best. Eh, dah lambat ni, mesti Han dah bising.
“Ish, kalau rumah ni rumah papan, aku rasa dah lama runtuh bila dengar suara Han.” Gumam Intan sendiri.
“Iera……., Ieqa……., Atie……., Leeya….. Cepat la…..!!!!!” Kedengaran Hani menjerit dari ruang tamu.
“Opocot, mak kau runtuh…!!!” Latah Intan, hampir terlepas minyak wangi Enchanteur dek terkejut dengan pekikan Hani tadi. Ini lagi satu tabiat aku, tak boleh terkejut nanti melatah.
“Ish, pantang betul sebut pasal dia, panjang umur betul la dia ni!!” Rungut Intan. Apabila sudah berpuas hati dengan penampilannya, Intan keluar meninggalkan biliknya dan lambat-lambat menuruni tangga. Bak kata pepatah ‘biar lambat asalkan selamat’. Ewah berpatah-patah la pulak aku ni.
_________________________________________________________________
Ain Haziqah Binti Ahmad, berasal dari Sarawak. Aku satu-satunya cahaya mata kepada Encik Ahmad dan Puan Halimah. Walaupun aku anak tunggal, aku dah biasa hidup sendiri. Sejak kecil aku dah boleh sediakan barang keperluan sendiri. Lagipun aku tak nak menyusahkan parents aku.
Dulu, sebelum aku ada Best friend forever, hidup aku betul-betul sunyi. Tapi sejak aku dah kenal diorang, dioranglah dunia aku. Di antara kami, Aleeya je yang pakai tudung. Kadang-kadang aku leka tengok Aleeya. Dia nampak anggun dengan mengenakan pelbagai jenis tudung. Aku harap suatu hari nanti, aku akan terbuka hati untuk tutup mahkota aku jugak. Aku tak banyak story sebab kawan-kawan aku cakap aku ni pendiam sikit. Ceh, pendiam la sangat. Tapi memang pun bab bercakap ni, aku tak berapa nak pandai sangat but kalau bersolek, aku lah Queennya. Huhuhuhu…
“Oii, apa lagi yang kau menungkan tu..!! dah la dengan rambut tak bersikat lagi, lepas tu nak make up lagi, kalau make up pulak, berjam-jam.. dah la bangun lambat, bersiap pun lambat.. Ish, kang marah Han nanti… Tak ke haru pagi ni….”
Dah mula dah…. Aku hairan betul dengan Aleeya ni. Kalau kat luar, bukan aje tutup aurat, sekali dengan mulut dia pun tertutup. Tapi, bila  kat rumah, Allah ajelah yang tahu betapa dia sebenarnya banyak mulut. Membebel tak henti-henti. Haziqah tersenyum sendiri.
“Lailahaillallah…… Apa lagi yang kau tersenyum macam kerang busuk tu… Cepat la bersiap..!!!” kata Aleeya.
“Iera……., Ieqa……., Atie……., Leeya….. Cepat la…..!!!!!” Pekikan Hani mematikan senyuman Haziqah.
“Kan aku dah cakap… dah tak payah nak jadi patung cendana pulak. Cepat bersiap..” kata Aleeya yang kemudiannya menggeleng kepala melihat Haziqah terkial-kial menyisir rambutnya.
_________________________________________________________________
Syazreen Aleeya Binti Mohd Syafiq, satu nama yang akan mengingatkan aku pada sesuatu. Walaupun berulang kali aku cuba melupakannya tapi ia sentiasa ada kerana itu nama aku. Aku di besarkan oleh Opah Maimon. Tapi selepas opah ‘pergi’ aku diambil oleh seorang doktor sebagai anak angkat. Aku berterima kasih kepada umi sebab sudi jadikan aku anak dia. Walaupun aku just anak angkat dia, tapi dia sayang aku sepenuh hatinya. Kasih sayang dia membuatkan aku dapat menghilangkan rasa rindu aku pada opah. Opah sentiasa berpesan, jangan lupa asal usul aku. Walau apa pun mereka tetap ada hubungan darah dengan aku.
Mungkin dulu kehidupan aku terlalu kusut, tapi sejak aku ada Best Friend Forever ni, bibir aku tak lekang dari tersenyum. Aku bahagia sangat. Tak banyak tentang aku yang diorang tahu tapi diorang tetap nak kawan dengan aku. Aku selalu dengar diorang cakap aku ni macam mak nenek tapi itu bila aku dengan diorang je. Aku tak kisah pun sebab kami boleh terima kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Hari ni, kami ada perancangan untuk keluar, so tugas aku untuk pastikan Haziqah tak lambat, dah settle. Aleeya memerhatikan setiap ruang bilik agar tidak ada lagi yang belum dia kemaskan. Setelah semuanya kelihatan okey, Aleeya mencapai beg duit dan handphonenya. 
“Ieqa aku turun dulu.. Pastikan kau tak lambat. Jangan sampai siren yang kedua pulak berbunyi.” Pesan Aleeya kepada Haziqah sebelum keluar dari bilik. Aleeya melewati bilik Zunaira dan Hani. Kakinya berhenti melangkah.
‘Kalau pintu bilik diorang ni still lagi tertutup rapat, mesti Iera tak turun lagi. Ni tak lain tak bukan tengah buat konsert la tu…’ getus hati Aleeya. Tangannya laju mengetuk pintu bilik.
“Iera cepat.. dah-dah la tu menggiler. Han dah panggil tu.. nanti membebel panjang pulak dia.” Kata Aleeya
“Ye la.. kejap lagi aku turun. Mana ada aku menggiler, aku tengah sikat rambut ni.” Kedengaran sayup suara Zunaira menjawab dari dalam.
Aleeya hanya tersenyum menyambut kata-kata Zunaira. Sejurus kemudian Aleeya melangkah menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu. Perlahan-lahan mendekati Intan dan Hani. Apabila dia betul-betul berada di belakang mereka berdua, Aleeya menyergah.
“Oii… syoknya tengok kartun…!!!!!”
“Opocot, kau tengok kartun… aku tengok kartun… eh…” sergahan Aleeya tadi disambut dengan latah Intan. Intan yang selesai melatah, kemudiannya menggaru kepala yang tidak gatal. Hani dan Aleeya kemudiannya ketawa sakan melihat reaksi Intan sewaktu melatah. Bukannya Aleeya tak tahu yang Intan tu tak boleh terkejut tapi dah menjadi hobi dah pun. Bukan dia sahaja, yang lain pun turut suka mengusik Intan. Tapi yang hairannya, kalau kat luar tak pulak dia melatah bagai nak rak, gaya latah pun tak ada.
“Weh, kau ni Leeya.. tak boleh ke dalam sehari ni, tak usik aku…??” tanya Intan sambil membaling bantal ke arah Aleeya tapi tidak mengena sasaran. Intan duduk semula mengadap cerita kartun kesukaannya.
 “Ish, budak dua ekor ni tak siap lagi ke, memang nak rasa tidur bawah katil agaknya…” marah Hani. Aleeya dan Intan hanya mampu menjungkit bahu.
“Iera…. Ieqa…. cepat...!!!!!!” Tiba-tiba Hani menjerit.. Jeritan itu, membuatkan Intan sekali lagi melatah.
“Opocot, kau tidur bawah katil cepat…!!!!” latah Intan lagi sambil membaling-baling satu persatu kepingan kerepek…
“Woi, Han...!!! kalau ye pun kau nak menjerit, bagi la signal dulu… takde lah aku terkejut beruk..!!! tepi telinga aku pulak tu. nasib baik aku takde sakit jantung, kalau tak dah lama gol...!!!! Bukan aku je, kucing mommy aku kat rumah tu pun mati kena heart attack!! Entah sempat, entah tidak Si Putih tu nak mengucap..” marah Intan.
Kemarahan Intan hanya disambut dengan muka selamba Hani. Hani tahu benar perangai Intan. Intan tidak akan cepat marah melainkan tentang satu perkara. Untuk itu, mereka akan mengelak dari menyebut hal tersebut. Aleeya pula yang menjadi mangsa mengutip semula kerepek yang bersepah. Nasib la dapat kawan yang melatah. Sambil mengutip Aleeya menahan tawanya.
Sebelum mata Intan kembali menatap kaca televisyen, sempat Intan menjeling ke arah Aleeya yang menahan ketawa tetapi akhirnya terburai juga. Intan dapat melihat wajah Aleeya yang kemerah-merahan kerana terover ketawa. Akhirnya Hani dan Intan turut ketawa.
 “Amboi, apo kono eh? sakannyo golak… ngumpek ko?? Tegur Zunaira sebaik sahaja menuruni anak tangga terakhir dengan ajuk dialek nogori.
“Eh, mano ado dok ngupak(ngumpat).. Tok baik ngupak, doso tu… kitoghe(kitorang) nih duk suko(gelak) ko Leeya ni.. cu kelih(tengok) muko dio… supo punggung kero jah.. meroh meghe…” jawab Intan dalam loghat Kelantan pula.. Aleeya yang masih ketawa tiba-tiba berhenti.
“Oooo…. Sekmu(korang) suko kakku(kat aku) dih(eh)…?? Weh muko supo(mirip) Wardina ni, mu oyak supo punggung kero.. sapa hati sungguh.. saie(kawan) ko gini..??” marah Aleeya dan kemudiannya mencapai bantal kecil lalu dilemparkan ke arah Intan. Intan sempat menepis bantal tersebut menyebabkan bantal kecil itu mencium lantai.
“Oloh la Leeya, tu pung nok maroh.. come gapo muko kaler(warna) pink gitu…” sambung Intan sambil mengekek menahan tawanya.
“Fuiyooo….Atie cakap Kelantan la..!! Weh.., bila pulak kau pandai berbahasa Kelantan ni Atie..??” tanya Hani sambil mengangkat kening ke arah Intan.
“Oloh la… ni pung jaso cikgu hok ngajar tu jugok.. keh dio la aku buleh kecek(cakap) klate ni…” kata Intan sambil memuncungkan mulut kearah Aleeya.
“Haa… kembe(kembang) la tu bilo oghe(orang) puji gak…”sambung Intan lagi.
“Weh.. dah.. dah… la tu ngan sleng kelantan… aku tak paham la…!!!” keluh Hani.
“Aku pun..” sokong Zunaira.
“ehm, pandai la korang.. tak paham konon…!! Hari tu bukan main lagi korang kenakan Leeya.. Ingat aku tak tahu..!!” Intan mencebik. Kemudian menyambung lagi, “Korang buat pakatan sulit bercakap bahasa nogori dengan dia.. Lepas tu bila dia balas ikut bahasa Kelantan, pandai je korang jawab balik.. Ingat aku tak dengar ke??
“weh, bukan ke, masa tu kau tido?” tanya Zunaira sambil mengerut dahi.
“la… kau ni macam tak masak lagi dengan budak ni.. diakan selalu tido-tido ayam..” kata Hani sambil menolak kepala Zunaira.
“Tahu tak apa.. Tak tahu buat dek je..” dengan selambanya Intan menjawab dan kembali mengadap cerita kartunnya tadi dan  bekas kerepek masih setia di tangan.
“Weh, kau ni Han..!!! kalau ye pun takyah la nak tunjal kepala aku..!!” marah Zunaira. “kau pun pantangkan kalau orang tunjal kepala kau.. so, meh sini aku nak tunjal kepala kau pulak..” sambung Zunaira yang barsiap sedia mengejar Hani.
“Woi, waktu ni jugak ke korang nak buat perangai?!! karang tak jadi pulak nak keluar..”  kata Aleeya yang sedari tadi hanya berdiam.
Hani dan Zunaira yang sedang berlari mengelilingi ruang tamu berhenti dan memandang Aleeya dan kemudian saling memandang dan tersenyum.
“ish, senyuman yang tu aku tak suka.. aku tahu apa korang nak buat.. weh, jangan la.. Atie, tolong la aku..” kata Aleeya semakin takut. Dia melihat Hani dan Zunaira perlahan-lahan mendekatinya.
“Jangan la.. nanti kedut baju aku..!!” sambung Aleeya lagi. Belum sempat Aleeya bangun untuk menyelamatkan dirinya, dia terduduk semula kerana ditolak oleh Hani.
“Serang….!!!!” jerit Zunaira. Meliuk lintuk badan Aleeya menahan tangan Hani dan Zunaira yang sakan menggeleteknya.. Riuh suara mereka ketawa. Lebih-lebih lagi, Aleeya yang sampai sesak nafas menahan geli. Intan hanya tersenyum, senang melihat kemesraan sahabat-sahabatnya.
Itulah ragam mereka setiap hari. Saling usik mengusik. Andai ada yang bermasam muka ianya hanya seketika. Itulah kelebihan mereka. Kebahagiaan dicipta atas dasar persahabatan.
“dah la tu.. Kesian Leeya, dah semput budak tu korang kerjakan.” Akhirnya Intan bersuara. Hani dan Zunaira berhenti dari menggeletek Aleeya. Mereka juga kepenatan.
“Tak siap lagi ke Ieqa ni..” Hani bersuara dengan nafas yang masih tercungap-cungap.
“Aku dah siap dari tadi lagi.. siap habis dua keping roti ngan secawan milo lagi..” sampuk Haziqah. Serentak mereka berpaling kearah Haziqah yang berjalan keluar dari ruang dapur.
“Aik, Ieqa bila masa pulak kau turun..??” tanya Aleeya kehairanan.
“itulah.. masing-masing sibuk melayan perangai tak berapa matang.. kalau mak mentua lalu pun korang tak perasan agaknya..” kata Haziqah sambil menggeleng kepala.
“Amboi, sedapnya mengata orang…” Aleeya menjeling. Haziqah kemudiannya tersenyum sumbing.
“Weh, tunggu apa lagi?? Jom la dah lambat ni..” kata Zunaira dan berlalu keluar rumah diikuti oleh, Hani, Aleeya dan Haziqah.
“Mana Atie..?” pantas Zunaira bertanya apabila tidak terlihat kelibat Intan. Yang lain hanya menjungkit bahu. Mereka berempat menjenguk kepala ke dalam rumah semula. Serentak mereka menggeleng.
“Ya Allah……..!!!!! Atie, kau nak tengok tv ke nak ikut kitorang ni..??? tanya Aleeya sambil bercekak pinggang lagak mak limah.
“Nak tengok tv..”dengan selamba Intan menjawab.
“Atiiiieeeeeee…………………….!!!!” Jerit mereka serentak.,
“Ye la, ye la… aku ikut… ish, nak layan kartun pun tak boleh..!!” rungut Intan sambil tangannya pantas menekan switch off Tv. Dengan lemah, Intan melangkah ke pintu lalu menyarung selipar jepun. Yang ni satu lagi ragam Intan. Saja bikin kecoh.
“Atie, takkan kau nak pakai selipar tu kot??!” tanya Hani.
“apa salahnya… selipar ni kan selipar import from Jepun… mahal tu..”
“tak payah nak buat blur camtu.. tukar pakai sandal tu..” kata Aleeya sambil menunjuk sandal hitam di bawah rak kasut.
“Siapa yang nak bawak kereta ni?” sejurus kemudian Haziqah bertanya sambil menghulurkan kunci kereta. Kalau bukan dia yang simpan kunci kereta, mesti lagi kecoh pagi ini. Apa tidaknya, kena cari dulu kunci kereta. harapkan tuan empunya, memang cuai yang amat.
“Siapa yang punya idea, dialah yang bawak..” kata Intan lalu mengenyit mata ke arah Zunaira.
“Ye la… aku bawak. Saja nak lepaskan diri ler tu..” gumam Zunaira. Intan tersenyum.
“Ala… Sekali sekala kau bawak, tak luak punyalah.. Lesen ada buat pekasam, kan sayang tu.. Em, minyak kau isi penuh ek..” kata Intan.

“Tak payah cakap pun aku tahu.. bukan ke aku yang setiap hari keluarkan duit minyak..” balas Zunaira. Intan tersengih lagi. Kemudian masing-masing memboloskan diri ke dalam Honda City milik Intan kecuali Aleeya kerana dia bertanggungjawab memastikan rumah ditinggal dalam keadaan berkunci. Setelah mengunci pintu pagar dan meninggalkan pesan kepada jiran mereka, Aleeya masuk ke dalam kereta lalu kereta itu bergerak meninggalkan kawasan perumahan mereka.

#(P/S:Sudi-sudilah komen ye)
#ThanksSudiSinggah.. ^_^

Tiada ulasan: