♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫ Welcome To Myra Atiera World ヾ(^∇^)

Khamis, 14 Mei 2015

~ Let me decide my own life ~

Let me decide my own life


“Macam mana dengan kawan saya Doktor?”
 “Tekanan darahnya tinggi. Mungkin terkejut.” Jelas doktor muda itu. “Boleh saya tahu, apa yang berlaku?” Tanya doktor itu, kemudiannya. Mereka pun menceritakan kejadian di pantai tadi. Doktor muda itu mengangguk faham.
“Kamu pernah dengar tentang Phobia.” Tanya Dr.Amira sambil memandang seorang demi seorang. Masing-masing saling berpandangan.
Kemudian Zunaira bersuara, “Bukan ke, Phobia tu macam trauma or takut.”
“Yes! Dan lebih tepat lagi, ia ketakutan yang berlebihan pada sesuatu perkara atau situasi. Phobia boleh dikatakan sesuatu yang menghantui kehidupan pengidapnya. Dan kawan kamu mengalami hydrophobia. Sebagai kawan, pasti kamu tahu dia mengalami penyakit ini kan?” Tanya Dr.Amira seperti menguji mereka.
Hydrophobia! Atie tak pernah bagitahu kita pun kan?” Zunaira bertanya pada kawan-kawannya. Inginkan kepastian, manalah tahu dia terlupa tentang hal tersebut. Serentak mereka menggeleng.
“Doktor, hydrophobia tu apa? bahaya tak?” Tanya Aleeya yang semakin bimbang.
Hydrophobia ialah takut kepada air. Jenis air yang biasa menjadikan orang phobia ialah air laut, sungai, tasik dan kolam. Apabila pengidap ini berhadapan dengan jenis-jenis air yang mereka takuti, mereka akan rasa sesak nafas dan kejang. Biasanya pengidap penyakit ini, mempunyai sesuatu yang ditanam dalam fikiran mereka yang menyebabkan mereka takut. Penyakit ini boleh diubati tetapi bergantung pada penerimaan pengidap itu sendiri.” Jelas doktor tersebut.
“Doktor, pesakit dah sedar.” Kata jururawat yang memanggil mereka tadi. Apabila tirai diselak, serentak mereka menyerbu.
“Atie, aku minta maaf ek, Aku tak tahu. Aku janji tak buat lagi.” Bersungguh-sungguh Aleeya memohon maaf.
“Aku tak paham kau nak minta maaf pasal apa. yang penting sekarang ni, panggil sesiapa je, suruh diorang cabut menatang alah ni. Aku dah sihat. Tak perlukan benda ni lagi dah. Aku tak nak duk sini. Bawa aku keluar cepat..!! dalam banyak-banyak klinik, kenapa korang pilih klinik ni? Suruh cabut sekarang!” Bebel Intan berbaur marah sambil mengunjuk tangan kanannya yang dicucuk jarum untuk dimasukkan air. langsung tidak dipedulikan kelibat Dr. Amira di situ.
“Mana dia?” tiba-tiba terdengar suara lelaki di sebalik tirai. Intan bungkam. Tirai diselak dari luar. Terpacul seorang lelaki.
“hah, seronok mandi pantai!” terjah lelaki tersebut. “siapa yang bagi izin datang sini? dah rasa diri tu besar sangat la! mentang-mentang ada lesen, ada kereta, suka hati merayau sana sini.. tak pernah fikir perasaan orang lain. orang bimbangkan dia, dia pulak fikir nak seronok je.” hambur lelaki itu tiba-tiba. Matanya tajam memandang Intan yang semakin menunduk. Hani, Zunaira, Aleeya dan Haziqah terpinga-pinga. Doktor wanita tadi cuba menenangkan lelaki tersebut.
“Encik, kenapa marah kawan saya?” lembut sahaja nada suara Zunaira bertanya. kemudian dia menyambung dengan nada yang berbeza, “Kawan kitorang ni, bukan kaki rayau. Kalau kitorang tak ajak, tak adanya dia nak ikut. Memang lah kereta yang kitorang naik tu, kereta dia tapi yang memandu ke sini tu saya, bukan dia. Salam tak ada, main terjah je.”
Belum sempat lelaki itu membuka mulut, Hani mencelah.
“Siapa doktor nak bertanya dia dapat izin ke tak? apa hak doktor nak marah member kitorang macam tu sekali! tak ada adab langsung!”
 “Kitorang kenal macam mana perangai kawan kitorang ni.. awak tak boleh judge kawan kitorang macam tu!” Aleeya turut mencelah.
“Dia jenis yang dahulukan perasaan orang disekeliling dia. So mana mungkin, dia sanggup abaikan perasaan orang! Melainkan awak pernah buat perkara yang tak baik pada dia, jadi tak mustahil dia akan ketepikan awak!” Sinis kata-kata Haziqah. Masing-masing mengangguk setuju. Intan pula semakin gelisah.
“Ooo.. jaga perasaan orang.” kata lelaki tersebut sambil terangguk-angguk. “Kalau tahu jaga perasaan orang, dia tahulah jaga diri sendiri. dan perkara macam ni takkan berlaku. dah tahu tak boleh pergi pantai, pergi jugak. degil! Seronok la kan sebab ada orang backup!” tengking lelaki muda itu.
“apesal pulak, benda ni baru sekali ni je berlaku. sebelum ni tak pernah pun. lagipun bukan salah dia, kami yang bawa dia ke sini!” balas Hani dengan nada tinggi. Intan cuba menarik tangan Hani untuk menghalangnya dari terus bercakap tapi terlambat ‘mati aku kali ni’ gumam Intan. Terasa kecil dirinya saat ini.
“What!! Sebelum ni?!”
“Doktor Amran.” Tiba-tiba jururawat yang bersama mereka tadi, memanggil lelaki itu dengan penuh hormat. “ada panggilan untuk doktor.” Beritahu jururawat tersebut. Terlakar kerutan di wajah lelaki itu. Kurang senang dengan gangguan tersebut.
Stay here, we’re not finish yet.” Kata lelaki itu sebelum berlalu keluar.
“Weh, laki tu doktor jugak la. tapi kurang budi bahasa betul la doktor tu, main sembur sesuka hati dia je.. tak ada adab.. harap je muka handsome tapi ‘kureng’..” kutuk Hani. Dia langsung tidak mempedulikan Dr.Amira yang masih berdiri di situ.
“Doktor, macam mana lelaki tadi boleh lulus jadi doktor kat sini? Macam tak betul je. menyerang orang langsung tak bagi salam..” Tanya Zunaira yang agak sangsi dengan sikap Doktor Lelaki tadi.
“Ni Klinik dia.” jawapan ringkas Dr. Amira membuatkan mereka semua terkejut. “Saya keluar sekejap, pastikan awak tak buat perkara yang tak sepatutnya awak buat” Kata Dr.Amira sambil mengecilkan matanya kepada Intan lalu meninggalkan mereka.
“nampaknya kita salah masuk klinik la. Entah ada permit entah tidak.” Keluh Aleeya.
“patutlah kau tak nak duk kat sini, kau dah tahulah yang doktor tu tak betul ek? Soal Haziqah pula sambil tangannya mencuit Intan. Intan yang gelisah hanya mengeluh. Pemilik mata-mata yang tertumpu pada Intan turut mengeluh. ‘Memang betul la tu’ fikir mereka. Fikiran Intan mula terganggu, ‘apa yang aku nak buat sekarang? lari atau mati?’ Tanpa sedar dia menggeleng.
“apa yang kau fikir sampai geleng-geleng ni?” Tanya Haziqah yang sedari tadi memerhatikan Intan yang sedikit berbeza dari watak asalnya yang kepoh. Haziqah ingin menyambung kata-katanya tetapi terkejut dengan tindakan pantas Intan yang mencabut jarum ditangannya.
“auch..!!” desis Intan.
“apa yang kau buat ni?! Soal mereka berempat. Tanpa menjawab soalan mereka, Intan menarik kawan-kawannya.
“jom, kita tak ada masa untuk cakap apa-apa melainkan keluar dari sini. Makin lama aku kat sini, aku boleh mati! jom cepat!” Gesa Intan.
“tapi…” Aleeya ragu-ragu. Namun kakinya menurut langkah Intan. Begitu juga rakan-rakan yang lain. Sebaik sahaja Intan membuka pintu, dia terpaku.
“Nak pergi mana?!”
“Tan..tan..das.” kata Intan gagap.
I know you want to run. Tapi kita belum selesai lagi. Abang nak penjelasan.”
“ABANG..??!!!” jerit mereka terkejut. Tanpa mempedulikan kawan-kawan Intan, Dr. Amran menyambung.
“Ian nak cerita sekarang, atau nak abang cerita kat Mummy? pilih!” kata Dr.Amran lalu masuk ke dalam bilik rawatan dan mencapai kotak kecemasan.
“IAN…??!!!!” sekali lagi mereka terkejut. Masing-masing berpandangan. Setahu mereka, hanya family Intan yang memanggilnya dengan panggilan tersebut. Sudah bertahun mereka kenal, mana mungkin mereka tidak kenal ahli keluarga Intan. Jadi siapa sebenarnya lelaki yang mereka labelkan ‘kureng’ itu. Intan masih mematungkan diri di hadapan pintu bilik rawatan.
“Ian, I’m waiting.” ujar Dr. Amran yang mencuci tangan dan menitiskan anti-kuman pada tangannya lalu menggosoknya keseluruh tapak tangan. Intan tetap kaku. Kawan-kawannya tertegun, masih bingung dengan situasi ketika itu. Bersama kotak kecemasan tadi, Dr. Amran menuju ke arah Intan dan menariknya duduk di tempat pesakit menunggu. Peralatan mencuci luka di keluarkan. Dengan berhati-hati, luka di tangan Intan akibat jarum yang di cabut tadi dicuci.
“Lain kali nak buat sesuatu tu, fikir dulu. Jangan asyik nak cederakan diri aje.” Tegas suara Dr. Amran. Haziqah, Aleeya, Hani dan Zunaira hanya memerhati tingkah laku lelaki itu. Wajah Dr. Amran turut ditilik namun hampa. Masing-masing gagal mengenalinya. Mungkin sepupu Intan, duga mereka.
So, what your decision?” kata Dr. Amran. Hampa apabila Intan masih lagi membisu. “okey.” Katanya sepatah sambil mengeluarkan handphone dari poket seluarnya. Belum sempat no di dial pantas Intan merampas Handphonenya.
“jangan!! abang tak boleh buat Ian macam ni. Nanti mummy tarik HC Ian. Pastu tak bagi Ian tinggal dengan kawan-kawan. Mummy akan kawal Ian macam Ian budak kecil. Ian tak nak mummy larang apa yang Ian suka buat. Ian dah besar. Boleh buat keputusan sendiri. Ian pandai jaga diri. Ian ada dunia Ian sendiri. Ian tak boleh terus berada di bawah jagaan mummy selamanya. Biarlah Ian tentukan hidup Ian.” Luah Intan. Matanya mula sayu. Dr. Amran melihat anak mata Ian yang mengharap pengertian darinya.
“jadi kasih sayang mummy selama ini, Ian anggap mummy cuba control hidup Ian. Macam tu.?” Tanya Dr. Amran yang kecewa dengan sikap Intan.
“bukan.. bukan macam tu. Abang salah faham. Sebenarnya Ian hargai kasih sayang mummy pada Ian. Kasih sayang dia melebihi segalanya dalam dunia ni. Tapi Ian tak nak selamanya bergantung pada mummy. Mummy banyak berkorban untuk Ian. Biarlah Ian jalani kehidupan seperti orang lain. Seperti kawan-kawan Ian. Mempunyai sedikit kebebasan dalam menentukan kehidupan.” Terang Intan.
“Kalau Ian pandai jaga diri, macam mana dengan hal hari ni?” Tanya lelaki itu yang masih ragu-ragu dengan kehendak Intan.
“Ian tak mintak pun jadi macam ni. Macam yang abang tahu, kitorang semua dah banyak kali pergi pantai dan tak ada apa pun yang berlaku. Tapi seperti orang lain juga, biasalah kalau hal yang tak dijangka berlaku dalam hidup kita. Kita manusia biasa, tak dapat mengelak semua tu. Ian tahu, Ian Phobia dengan pantai. Tapi dalam masa yang sama Ian tak dapat nafikan yang Ian suka sangat dengan pantai. Ian akan okey selagi Ian tak dekat dengar air laut.”
“baiklah kalau itu yang Ian nak. Abang tak kan bagi tahu mummy. Tapi dengan syarat. Ian mesti bagi tahu abang kalau Ian nak datang pantai. Abang tak nak hal macam ni berlaku lagi. Tahu tak nafas abang terhenti sekejap bila dapat tahu yang Ian pengsan kat pantai. Janji jangan buat macam ni lagi.” Ujar Dr. Amran.
“terima kasih abang. Abang seorang abang dan suami yang baik.” Kata Intan lalu memeluk Dr. Amran.
“SUAMI..??!!!” terkejut Intan apabila mendengar suara rakan-rakannya menjerit. Hampir terlupa bahawa mereka juga turut berada di situ.
“Atie, kau.. dia.. kahwin..???” 
“bila..??”
“sampai hati kau..”
“Kenapa kitorang tak tahu pun..??”
Hampir serentak pertanyaan mereka ajukan pada Intan. Terpinga-pinga Intan mendengar soalan yang diajukan.
“apa korang mengarut ni??” Tanya intan sambil matanya bersilih ganti memandang rakan-rakannya.
“Tadi kau cakap ‘suami yang baik’ kat dia.. pastu kau peluk dia pulak tu..” ujar Aleeya sambil jari telunjuknya mengunjuk ke arah Dr. Amran.
“dia? suami aku?” Tanya Intan pula tidak percaya dengan tuduhan rakannya. “eh, agak-agak la. Lelaki panas baran macam ni, suami aku? memang tak lah!” kata Intan sambil mencebik. Dengan pantas tangan Dr. Amran menyekeh kepala Intan.
“aduh..”
“mengutuk nombor satu..” ujar Dr. Amran. Intan tersengih.
“Woi, cakap betul-betul dia ni siapa..??!! kalau tak, aku toreh HC kau..” ugut Hani. Hanya kereta kesayangan Intan yang boleh membuatkan Intan berkata jujur.
“woi, janganlah kejam sangat..!! HC aku tak ada kaitan okey.” Pantas Intan membalas. Mana mungkin Honda Citynya menjadi mangsa dalam hal yang langsung tiada kaitan dalam hal tersebut. Kemudian dia menyambung, “Apa lah korang ni. Kan ni abang sulung aku..”
“kau tak payah nak temberang.” kata  Hani.
“Atie, kitorang tahulah rupa lembaga hitam tu macam mana.” Celah Zunaira. Intan ketawa mendengar gelaran abang sulungnya yang suatu ketika dulu menjadi mainan gurauan antara Intan dan rakan-rakannya. Mata Dr. Amran mencerlung memandang Intan yang sedang menekan-nekan perutnya. Tahu dirinya menjadi perhatian, Intan mengawal dirinya dari terus ketawa. Dengan sisa tawa yang berbaki, Intan bersuara.
“Boleh aku tahu, rupa lembaga hitam yang korang tahu tu, waktu zaman bila punya, pak kaduk atau zaman mak minah tonggek?” Tanya Intan yang kemudiannya menyambung “lagi pun dah berapa tahun korang tak nampak batang hidung lembaga tu..” ketawa pecah sekali lagi. Masing-masing hilang sabar melihat gelagat Intan.
“girls, kalau nak tunggu budak sekor ni berhenti gelak, tahun depan belum tentu habis. Pretty, beauty, lovely and the last one ofcause ceti, nice to see you all again.. You all’s dah semakin cantik and still same. ” ujar Dr. Amran dengan menyebut nickname yang diberi kepada rakan-rakan adiknya itu bermula dari Zunaira, Haziqah, Aleeya dan akhir sekali Hani. Mendengar nama panggilan yang biasa mereka dengar dari abang sulung Intan membuatkan mereka tersipu malu kecuali Hani. Sewaktu sekolah dahulu, Hani menjadi Bendahari kelas, jadi sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mengutip duit tabung kelas setiap hari dan panggilan ceti itu diberi oleh budak-budak lelaki kelasnya dan merebak kepada senior-senior lelaki. Wajah tidak puas hati terpancar diwajah Hani, serentak itu Hani mendengus. ‘dasar lembaga hitam, harap je muka dah berubah tapi perangai tetap sama.’  Dengus hati kecil Hani.
“ni, apa yang lucu sangat ni. Tadi bukan main lagi kecut.” Celah satu suara. Serentak mereka berpaling. Dr. Amira sudah berdiri bersebelahan mereka.  
nothings honey, fius otak budak ni dah tercabut, sebab tu macam ni.” Ujar Dr. Amran.
“Ian, abang dan akak nak kemas barang dulu. Stay here okey.” Ujar Dr. Amran. Kemudian Dr.Amran dan Dr.Amira masuk ke bilik rawatan masing-masing untuk mengemas barang. Rakan-rakan Intan saling berpandangan. Intan pula memandang kawan-kawannya. ‘apa-apa je lah yang ada dalam fikiran kawan-kawan aku ni.’ Gumam Intan. Sebelum mereka bertanya macam pak polisi, baik Intan terus jawab.
Girl’s, tak payah nak buat muka macam tu. She is our lovely sister, remember Kak Sya?” Beritahu Intan. ‘aik aku speaking? Ni semua abang Am punya virus.’ Keluh Intan. Masing-masing mengerut dahi, sejurus kemudian semua melongo. 
 “Eh, encik yang tolong angkat kawan saya tadikan?” tiba-tiba Zunaira bersuara sejurus melihat lelaki tersebut menghampiri mereka. Lantas lelaki tersebut mengangguk.
“apa kau cakap? Mamat ni yang tolong angkat aku?” Tanya Intan inginkan kepastian. Sejurus melihat anggukan serentak kawan-kawannya, Intan memijak kaki lelaki yang telah membantunya, membuatkan lelaki tersebut terhinjut-hinjut. Masing-masing terkejut dengan tindakan Intan.
“Kau dah kenapa? Orang dah tolong boleh pulak kau pijak kaki dia. Minta maaf cepat!” arah Zunaira.
 “Sakit ke encik? Sorry kawan saya ni ada masalah ngan manner dia sikit.” Kata Hani
“Saya tak faham macam ini ke cara dia berterima kasih?” Tanya lelaki tersebut tidak puas hati.
“Kami minta maaf bagi pihak dia dan berterima kasih atas bantuan encik..” kata Haziqah penuh berhemah.
“Korang tak payah nak berterima kasih bagai. Mamat ni poyo je lebih.” ujar Intan bagi menghalang sahabat-sahabatnya terus meminta maaf dan berterima kasih pada lelaki tersebut. Mereka menunjukkan muka tidak berpuas hati dengan tingkah Intan.
“Otak kau dah rosak lepas kena marah ke apa hah..?! baik kau minta maaf cepat.” bisik Aleeya, tidak dilupa dengan cubitan dipinggang Intan. Intan menepis tangan Aleeya.
“Aku tak kira, otak aku rosak ke, kepala aku biul ke, aku memang nak belasah mamat ni.” Balas Intan yang sudah mula mengepal penumbuk.
Lelaki yang menjadi sasaran Intan mula mengorak langkah bila melihat kepalan penumbuk Intan.
“Sini jangan lari!! Free-free aku kena marah dengan abang Am. Memang nak kena dia ni!!” jerit Intan sambil mengejar lelaki tersebut.
“Intan!” panggil sahabatnya serentak.. ‘ha sudah Intan dah buat kerja gila sekali lagi..’ keluh mereka. Nasib la klinik hanya beroperasi setengah hari. Jururawat yang melihat hanya tersenyum sahaja seperti sudah biasa dengan situasi tersebut.
“Apa yang bising ni?” tegur satu suara.
“Tu ha.” Jawab mereka serentak sambil mengunjuk pada gelagat Intan yang tidak berputus asa mengejar lelaki tersebut. Yang hairannya kenapa lelaki itu tidak terus keluar dari klinik.
“Ya Allah, Ian sudah la tu.” Tegur Dr.Amira.
“Mana boleh sudah kak, teruk Ian kena marah dengan abang Am. Dia ni yang jadi sebab Ian kena marah. Kata sayang Ian. Bila jadi macam tadi, boleh pulak hantar Ian ke sini. Dah tu, bukannya nak backup Ian.” Luah Intan. Marah sungguh dia. Dr.Amran yang baru keluar dari biliknya hanya tersenyum. Perangai adiknya tak pernah berubah.
“Mana la nak tahu. Dah panik sangat. Tak pikir apa dah. Tu pun nak marah.” Ujar lelaki terbabit.
“Mana la nak tahu. Dah panik sangat. Tak pikir apa dah.” Ajuk Intan. “Tak boleh ke tunggu sampai Ian sedar. Bukannya abang tak pernah tengok Ian pengsan. Masa Ian pengsan dulu pun abang tunggu je sampai Ian sedar. Tak kan lah tadi tak boleh?” rasa tidak puas hati masih bersisa.
Hello cik adik senget, abangmu ini sudah jadi lelaki sejati, bukan lagi budak kecil. Takkanlah abang nak biar Intan macam tu je. Lagipun jangan nak bezakan cerita dulu dan sekarang sebab masa tu abang kecil lagi dan kaki abang cedera. Lagipun masa tu kalau nak minta bantuan, abang tak sanggup nak biarkan Ian tinggal sorang-sorang.” Balas Lelaki itu lagi. Intan berhenti mengejar dan pandangannya jatuh pada wajah lelaki yang bergelar abang itu. Jarak mereka berdua hanya selang dua baris kerusi menunggu. Seperti biasa, empat sahabat Intan sudah mula melopong melihat sesi conversation antara mereka berdua.
“Ian tak kesiankan abang ke? Tadi abang angkat Ian, sakit belakang abang tau. Ian tahukan berat Ian berapa.?” Ujarnya lagi. Pandangan Intan mula berubah tajam.
‘aku tengah panas ni, ada hati nak mengusik aku lagi.’ Gumam Intan.
“Abang jahat!!”  Akhirnya Intan mengalah dan melangkah menuju ke arah Dr.Amran dan yang lain.
“Jomlah, Ian lapar.” Nada rajuk kedengaran. Masing-masing tidak bersuara. Hanya mengikut langkah Intan keluar dari klinik.

P/S : Seperti biasa, ruangan komen dekat bawah ye.. 
kritikan dan kutukan anda sangat dinantikan agar

saya dapat perbaiki kekurangan diri.
. THANKS For reading it.. 

Tiada ulasan: